Wednesday, February 1, 2012

Kesedaran


" Benda baik susah nak buat.. Pelan2 jangan terus lompat. Biar buat tu sikit tapi significant "

Kata - kata seseorang kepadaku.. Aku sedang melalui satu perubahan besar dalam hidup.

YA AKU INGIN BERUBAH.

Banyak benda aku dah buat sehingga kan aku lupa dan alpa hal - hal yang wajib. Semua ini berlaku secara tiba- tiba...

Aku memang dah lama suka dia.. ramai yang tau..tapi tu la kan..mungkin jodoh kami tiada atau belum tiba masa nya.. Cume Allah je yang Maha Mengetahui.. :)

Kata - kata dia banyak menyedarkan aku. Aku kerap bermain sms dengan dia, banyak kata - kata nasihat yang keluar dari mulut dia.. Dan kadang - kadang aku tak sangka dia yang berkata sedemikian kerana ianya langsung tidak menggambarkan diri seperti orang lain mengenalinya. Segala masalah yang aku alami aku berkongsi dengan dia, sekadar ingin meminta pendapat.. Dia berkata, untuk kita berubah menjadi baik sangat susah, tapi kita kena cuba sedaya upaya untuk berubah..

Aku ucap kan terima kasih kepada kau kerana kau dah banyak sedarkan aku.. banyak ingatkan aku tentang apa yang aku semakin lupa.. Aku akan cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik, aku masih perlukan kau untuk terus menasihati aku, dan tolong sedarkan aku... Terima Kasih banyak - banyak.

p/s : perasaan aku pada kau juga masih sama :)

Friday, January 27, 2012



" Cinta bagi saya adalah gurauan dalam kehidupan. Kadang - kadang buat kita ketawa, kasang - kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam - macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta.. Tapi cinta ini macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua akan jumpa.. Kalau saya cintakan dia, biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri "


Rase terusik dgn kata - kata yang ku petik dari sebuah novel yang baru sahaja habis ku baca. Ada banyak maksud tersirat di dalam kata - kata itu. Sesungguhnya cinta itu memang sukar untuk kita cari.. Dan kadang - kadang apa yang kita rasa itu kita belum boleh dapat menilai apakah perasaan itu yang sebenarnya..

Jadi, pendam kan dahulu apa sahaja perasaan yang kita sedang alami, walau pun bila dibilang sudah melampaui beberapa tahun lama nya.. Ya mungkin kita pernah cuba untuk meluahkan.. Tapi masih tidak berjaya.. Pendamkan dahulu.. Biar kan dia juga merasa apa yang kita rasa..

Kerana sesungguhnya..
" JIKA KITA SAYANG SESEORANG ITU, LEPASKAN LAH DIA PERGI.. JIKA BENAR DIA MILIK KITA, DIA AKAN KEMBALI KEPADA KITA JUGA SATU HARI NANTI. BERMAKNA DIA ADALAH JODOH KITA YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH S.W.T "